Thursday, January 19, 2012

PENGENALAN KITAB AKIDAH SOLAHUDDIN

Antara kitab asas yang akan diajar adalah MATAN AQIDAH SOLAHUDDIN atau lebih dikenali dengan al-`Aqidah al-Mursyidah dan kitab-kitab lain.

Matan ini adalah matan yang padat untuk mengenal Allah subhanahu wa ta`ala yang telah dibaca setiap hari sebelum masuk waku subuh pada zaman pemerintahan Sultan Solahuddin al-Ayyubi rahimahullah oleh para muazzin ketika itu.

Setelah beberapa tahun ia diulang baca setiap hari, umat islam pada zaman itu boleh dikatakan kesemuanya telah mempunyai  aqidah yang sahih kerana memahami aqidah yang benar. Orang yang berakidah syiah, muktazilah dll beransur-ansur telah berubah akidah mereka kepada akidah ahl al-Sunnah wa `al-Jama`ah hasil sistem Pendidikan Akidah yang diterapkan oleh Sultan Solahuddin tersebut.

Metodologi ini juga dilihat amat berkesan jika diterapkan pada zaman kini demi membanteras GEJALA MURTAD dan AJARAN SESAT yang semakin meruncing sekarang ini.

Setelah rakyat Solahuddin mempunyai kekuatan `aqidah yang mantap, ketika itulah Sultan Solahuddin melancarkan serangan ke atas tentera salib untuk membebaskan Palestin daripada puak kuffar ketika itu. Hanya dengan aqidah yang sahih sahajalah umat islam akan menjadi ummat yang KUAT. Mereka mempunyai kekuatan yang sangat dahsyat hasil ketaqwaan yang terbit daripada kekuatan aqidah yang jazam dan makrifatullah yang tinggi. Mereka juga mempunyai keberanian yang dapat menggerunkan pihak kuffar la`natullahi `alaihim . Mereka telah bersatu dengan beasaskan `akidah yang dibawa oleh  Rasulullah sallallahu `alaihi wasallam. 


Renung-renungkanlah bukankah amat aneh jika seseorang ingin menegakkan agama Islam tapi bukan berpaksikan akidah ahl al-Sunnah wa al-Jama`ah yang dibawa oleh Rasullah sallallahu `alaihi wasallam tetapi berpaksikan akidah yang tertolak seperti akidah musyabbihah, mujassimah, khawarij dll. Bukankah itu merupakan perkara yang mustahil.

Atas dasar inilah kita perlu bersama-sama memantapkan akidah ahl al-Sunnah wa al-Jama`ah.

KELENGKAPAN YANG PERLU DIBAWA

Para peserta perlu membawa:


 1.  Pakaian  solat dan belajar:
      - Peserta hendaklah memakai jubah atau
      - Kain pelikat serta berbaju melayu atau
      - Kain pelikat serta berbaju kemeja lengan panjang 

2.  Kopiah. Sangat-sangat digalakkan bawa serban kerana kesemuanya pelajar pndok memakai serban.

3. Peralatan mandi seperti tuala, kain basahan, berus gigi, ubat gigi dll

4. Peralatan belajar seperti buku nota dan pen

5. Lain-lain yang dirasakan perlu
 

KINI SEMUA BOLEH MENYERTAI

Dimaklumkan bahawa TARIKH DAN TEMPOH kursus ini telah berubah disebabkan ramai yang tidak dapat hadir kerana kekangan masa. Oleh itu kami telah memendekkan kursus ini kepada 4 HARI sahaja supaya semua dapat datang.

Nama program ini juga telah diubah kepada " KURSUS INTENSIF KILAT TALAQQI KITAB 2012".

Pihak kami berharap anda semua dapat merebut peluang keemasan ini secepat mungkin. Pendaftaran masih dibuka sehingga 5 Feb. Kuota yang dibuka hanyalah 30 orang sahaja kerana tempat penginapan adalah terhad.

Antara kitab asas yang akan diajar adalah MATAN AQIDAH SOLAHUDDIN atau lebih dikenali dengan al-`Aqidah al-Mursyidah dan kitab-kitab lain.

Diharap anda akan merebut peluang keemasan yang julung-julung kali diadakan ini.

BERSAMA MENGEMBALIKAN GENERASI SOLAHUDDIN .....

KENAPA ANDA MESTI MENYERTAI KURSUS INI?

  1. Kursus ini adalah kursus aqidah jangka pendek yang padat serta amat mudah untuk difahami. Semua yang ada aqal fikiran mudah untuk memahaminya. Pelajar yang bukan daripada sekolah agama pun boleh memahaminya.                                        
  2. Kursus ini sangat mementingkan Aqidah Ahl al-Sunnah Wa al-Jama`ah dan segala konsepnya berkaitan akidah yang patut disertai oleh setiap muslim.
  3. Kursus ini berasaskan ilmu akidah iaitu yang paling afdhal daripada segala ilmu lain di alam ini.
  4. Yuran yang dikenakan hanyalah sangat murah. Bukan beratus-ratus seperti di intitusi pengajian diluar sana. Anda hanya perlu habiskan dalam RM25 atau kurang lagi daripada itu untuk pendaftaran, sarapan dan penginapan.  
  5. Anda akan merasai bagaimana kehidupan sebagai pelajar pondok, dapat merasai ketenangan berada di tempat pengajian agama yang sebenar.
  6. Penginapan disediakan



Pendaftaran sila hubungi (SMS/CALL): Jailani: 013-6293917 atau Ahmad: 014-5112129

Saturday, January 14, 2012

KURSUS INTENSIF TALAQQI KITAB 2012



Dibawakan khas untuk anda pada cuti semester bulan januari ini sempena bulan maulidurrasul.
Untuk mengenali dengan lebih lanjut berkaitan pondok al-Diniah al-Falahiah sila layari:
dan facebook:
Untuk pendaftaran sila hubungi: 013-6293917

Pengenalan Pondok al-Diniah al-Falahiah

MADRASAH AL-DINIAH AL-FALAHIAH

1) LATAR BELAKANG PENUBUHAN
Madrasah al-Diniah al-Falahiah (MADIFA) ditubuhkan pada pertengahan tahun 1998 yang diasaskan oleh al-Fadhil Tuan Guru Rosli b Wan Ibrahim. Diatas keperihatinan, kesedaran dan semangat yang tinggi beliau telah berjaya menubuhkan madrasah ini yang tidak lain dan tidak bukan semata-mata untuk menyebarkan ilmu Allah Subhanahu Watala kepada semua masyarakat khususnya generasi muda yang akan memimpin keluarga, masyarakat dan negara.

Madrasah ini terletak diatas sebidang tanah wakaf seluas sepuluh ekar.
Dalam jangkamasa yang singkat, madrasah ini dapat dibangunkan dengan cepat setanding dengan madrasah-madrasah lain kerana hasil kesungguhan tuan guru, ustaz-ustaz dan para pelajar. Tidak lupa juga kerana kerjasama orang ramai dan pertolongan daripada Allah Subhanahu Wataala.

Pada peringkat awal penubuhan, MADIFA hanya mempunyai sebuah bangunan balaisah dan beberapa buah pondok sebagai tempat pengajian. Namun dengan hasrat untuk meneruskan perjuangan dalam pendidikan agama yang sebenar, madrasah ini semakin berkembang samaada dari segi ilmu, pertambahan pelajar dan bangunan-bangunan sebagai tempat pengajian.


2) SISTEM PENGAJIAN.

Sistem pengajian di madrasah ini adalah mengikut corak pengajian ulama’-ulama’ silam terutamanya sekitar nusantara tanahair yang lebih dikenali dengan ilmu pondok secara tradisional. Ilmunya didominasikan aliran pemikiran ahlisunnah wal jamaah yang diasaskan oleh 2 tokoh besar iaitu Abu Hassan Assaari dan Abu Mansur Al Maturidi. Pengajian-pengajian kitab, penghafalan al-Quran, muzakarah dan pengamalan wirid-wirid yang terunggul diamalkan sebagai bekalan untuk memudahkan penerimaan ilmu barakah dan berkekalan.






3) OBJEKTIF

a)Melahirkan pelajar-pelajar yang berilmu dan beramal yang mampu memimpin ahli keluarga, masyarakat dan negara.
b)Mengekalkan corak pengajian agama yang diwarisi oleh ulama’-ulama’ silam yang terdahulu.
c)Membentuk generasi yang seimbang dari segi rohani, jasmani, intelektual dan akhlak.
d)Mendidik pelajar supaya cemerlang dari segi ibadat, adab dan khidmat.



4) LOKASI ASAL
Dibangunkan diatas sebidang tanah Lot 918, Kampung Dalam Huma, 
Bukit Awang, 16800 Pasir Puteh, Kelantan berkeluasan 10 ekar.