Thursday, January 19, 2012

PENGENALAN KITAB AKIDAH SOLAHUDDIN

Antara kitab asas yang akan diajar adalah MATAN AQIDAH SOLAHUDDIN atau lebih dikenali dengan al-`Aqidah al-Mursyidah dan kitab-kitab lain.

Matan ini adalah matan yang padat untuk mengenal Allah subhanahu wa ta`ala yang telah dibaca setiap hari sebelum masuk waku subuh pada zaman pemerintahan Sultan Solahuddin al-Ayyubi rahimahullah oleh para muazzin ketika itu.

Setelah beberapa tahun ia diulang baca setiap hari, umat islam pada zaman itu boleh dikatakan kesemuanya telah mempunyai  aqidah yang sahih kerana memahami aqidah yang benar. Orang yang berakidah syiah, muktazilah dll beransur-ansur telah berubah akidah mereka kepada akidah ahl al-Sunnah wa `al-Jama`ah hasil sistem Pendidikan Akidah yang diterapkan oleh Sultan Solahuddin tersebut.

Metodologi ini juga dilihat amat berkesan jika diterapkan pada zaman kini demi membanteras GEJALA MURTAD dan AJARAN SESAT yang semakin meruncing sekarang ini.

Setelah rakyat Solahuddin mempunyai kekuatan `aqidah yang mantap, ketika itulah Sultan Solahuddin melancarkan serangan ke atas tentera salib untuk membebaskan Palestin daripada puak kuffar ketika itu. Hanya dengan aqidah yang sahih sahajalah umat islam akan menjadi ummat yang KUAT. Mereka mempunyai kekuatan yang sangat dahsyat hasil ketaqwaan yang terbit daripada kekuatan aqidah yang jazam dan makrifatullah yang tinggi. Mereka juga mempunyai keberanian yang dapat menggerunkan pihak kuffar la`natullahi `alaihim . Mereka telah bersatu dengan beasaskan `akidah yang dibawa oleh  Rasulullah sallallahu `alaihi wasallam. 


Renung-renungkanlah bukankah amat aneh jika seseorang ingin menegakkan agama Islam tapi bukan berpaksikan akidah ahl al-Sunnah wa al-Jama`ah yang dibawa oleh Rasullah sallallahu `alaihi wasallam tetapi berpaksikan akidah yang tertolak seperti akidah musyabbihah, mujassimah, khawarij dll. Bukankah itu merupakan perkara yang mustahil.

Atas dasar inilah kita perlu bersama-sama memantapkan akidah ahl al-Sunnah wa al-Jama`ah.

No comments:

Post a Comment