Saturday, January 14, 2012

Pengenalan Pondok al-Diniah al-Falahiah

MADRASAH AL-DINIAH AL-FALAHIAH

1) LATAR BELAKANG PENUBUHAN
Madrasah al-Diniah al-Falahiah (MADIFA) ditubuhkan pada pertengahan tahun 1998 yang diasaskan oleh al-Fadhil Tuan Guru Rosli b Wan Ibrahim. Diatas keperihatinan, kesedaran dan semangat yang tinggi beliau telah berjaya menubuhkan madrasah ini yang tidak lain dan tidak bukan semata-mata untuk menyebarkan ilmu Allah Subhanahu Watala kepada semua masyarakat khususnya generasi muda yang akan memimpin keluarga, masyarakat dan negara.

Madrasah ini terletak diatas sebidang tanah wakaf seluas sepuluh ekar.
Dalam jangkamasa yang singkat, madrasah ini dapat dibangunkan dengan cepat setanding dengan madrasah-madrasah lain kerana hasil kesungguhan tuan guru, ustaz-ustaz dan para pelajar. Tidak lupa juga kerana kerjasama orang ramai dan pertolongan daripada Allah Subhanahu Wataala.

Pada peringkat awal penubuhan, MADIFA hanya mempunyai sebuah bangunan balaisah dan beberapa buah pondok sebagai tempat pengajian. Namun dengan hasrat untuk meneruskan perjuangan dalam pendidikan agama yang sebenar, madrasah ini semakin berkembang samaada dari segi ilmu, pertambahan pelajar dan bangunan-bangunan sebagai tempat pengajian.


2) SISTEM PENGAJIAN.

Sistem pengajian di madrasah ini adalah mengikut corak pengajian ulama’-ulama’ silam terutamanya sekitar nusantara tanahair yang lebih dikenali dengan ilmu pondok secara tradisional. Ilmunya didominasikan aliran pemikiran ahlisunnah wal jamaah yang diasaskan oleh 2 tokoh besar iaitu Abu Hassan Assaari dan Abu Mansur Al Maturidi. Pengajian-pengajian kitab, penghafalan al-Quran, muzakarah dan pengamalan wirid-wirid yang terunggul diamalkan sebagai bekalan untuk memudahkan penerimaan ilmu barakah dan berkekalan.






3) OBJEKTIF

a)Melahirkan pelajar-pelajar yang berilmu dan beramal yang mampu memimpin ahli keluarga, masyarakat dan negara.
b)Mengekalkan corak pengajian agama yang diwarisi oleh ulama’-ulama’ silam yang terdahulu.
c)Membentuk generasi yang seimbang dari segi rohani, jasmani, intelektual dan akhlak.
d)Mendidik pelajar supaya cemerlang dari segi ibadat, adab dan khidmat.



4) LOKASI ASAL
Dibangunkan diatas sebidang tanah Lot 918, Kampung Dalam Huma, 
Bukit Awang, 16800 Pasir Puteh, Kelantan berkeluasan 10 ekar.

No comments:

Post a Comment